Sunday, April 26, 2009

Perlantikan Wakil Peribadi Rasmi di Bahagian Gerik

Saya amat sukacitanya untuk mengumumkan perlantikan Sdra Mohd Yunus Abdul Kanan, AJK UMNO Bahagian Gerik sebagai Wakil Peribadi Rasmi saya di Bahagian Gerik. Perlantikan ini, dengan kebolehan dan komitmen Sdra Mohd Yunus, saya berkeyakinan akan membantu saya melaksanakan tanggungjawab saya di Bahagian Gerik dengan lebih berkesan. Perlantikan saya sebagai Setiausaha Politik kepada YAB Timbalan Perdana Menteri, tentulah akan menjarakkan saya daripada kawasan saya di Bahagian Gerik. Bagaimanapun saya akan berusaha seberapa yang kerap untuk kembali ke kawasan saya. Kepada penduduk di Bahagian Gerik, bolehlah berurusan dengan Sdra Mohd Yunus di Pejabat UMNO Gerik berkaitan dengan hal ehwal masyarakat di Bahagian Gerik. Berkaitan dengan urusan pentadbiran pejabat saya di Bahagian Gerik, tuan bolehlah menghubungi Sdri Siti Aminah atau Sdri Liya juga di Pejabat UMNO Gerik.
Rakyat tetap akan didahulukan..

Friday, April 24, 2009

Persidangan Cawangan 2009

UMNO Malaysia telahpun mengeluarkan Pekeliling mengarahkan semua cawangan mengadakan Persidangan Cawangan 2009 mulai 15 Mei 2009 hingga 30 Jun 2009. Mesyuarat Perwakilan Bahagian pula hendaklah diadakan mulai 16 Julai 2009 hingga 16 Ogos 2009.
Saya mengucapkan Selamat Bersidang kepada semua cawangan dalam UMNO Gerik. Tunaikan tanggungjawab kita sebagai ahli parti. Gunakan persidangan ini sebagai platform untuk mengemukakan pandangan dan cadangan berkaitan dengan penambahbaikan kekukuhan UMNO Gerik khasnya, serta usaha - usaha membela nasib rakyat di kawasan masing - masing.
Selamat Bersidang..

Wednesday, April 22, 2009

Gerik Tuan Rumah MTQ Peringkat Negeri Perak

Selamat Datang kepada semua peserta dan pegawai Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) Sekolah - Sekolah Peringkat Negeri Perak yang akan berlangsung pada 24-25 April 2009 ( Jumaat - Sabtu) di SM Teknik. Saya mendoakan agar majlis ini akan berlangsung dengan lancar. Program sebegini sentiasa mendapat tempat yang cukup dekat di hati saya. Semoga peserta - peserta daripada Parlimen Gerik khasnya dan Hulu Perak amnya akan beroleh kejayaan. Adalah menjadi harapan saya agar JK Bahagian 4 peringkat, ketua - ketua cawangan dan ketua - ketua kampung dapat hadir menyaksikan program ini dan menghebahkan program ini terutama di masjid - masjid pada hari Jumaat ini.
Selamat Maju Jaya..