Sunday, April 26, 2009

Perlantikan Wakil Peribadi Rasmi di Bahagian Gerik

Saya amat sukacitanya untuk mengumumkan perlantikan Sdra Mohd Yunus Abdul Kanan, AJK UMNO Bahagian Gerik sebagai Wakil Peribadi Rasmi saya di Bahagian Gerik. Perlantikan ini, dengan kebolehan dan komitmen Sdra Mohd Yunus, saya berkeyakinan akan membantu saya melaksanakan tanggungjawab saya di Bahagian Gerik dengan lebih berkesan. Perlantikan saya sebagai Setiausaha Politik kepada YAB Timbalan Perdana Menteri, tentulah akan menjarakkan saya daripada kawasan saya di Bahagian Gerik. Bagaimanapun saya akan berusaha seberapa yang kerap untuk kembali ke kawasan saya. Kepada penduduk di Bahagian Gerik, bolehlah berurusan dengan Sdra Mohd Yunus di Pejabat UMNO Gerik berkaitan dengan hal ehwal masyarakat di Bahagian Gerik. Berkaitan dengan urusan pentadbiran pejabat saya di Bahagian Gerik, tuan bolehlah menghubungi Sdri Siti Aminah atau Sdri Liya juga di Pejabat UMNO Gerik.
Rakyat tetap akan didahulukan..

5 comments:

  1. YB Dato', pernah saya kepejabat UMNO Gerik untuk berjumpa Dato'. Tapi waktu itu saya dimaklumkan bahawa Dato' ke Putrajaya. Jadi saya dibawa brjumpa dengan En. Yunus. Apa yang boleh saya katakan, Dato' melantik orang yang sangat bertanggungjawab dan sangat mesra. Beliau melihat dari semua aspek apabila berbicara dan mengambil kira keluhan rasa belia seperti saya. Thanks.. really appreciate that... Satu MALAYSIA!!

    ReplyDelete
  2. Apae pun ameno ni dah susah nak di terima oleh kaum cinae dan indu.

    Melayu pun dah banyak yang nyokong Peah. Nampak gayae ni ameno akan tumpo pade PRU13 nanti.

    ReplyDelete
  3. Sudah tujuh kali PRK diadakan selepas PRU12. Malang sungguh bagi nasib BN/UMNO, cuma menang sekali sahaja di Batang Ai, Sarawak.

    Sebenarnya BN/UMNO memang sudah tiada harapan lagi untuk menang dalam mana2 PRK atau pada PRU13 nanti. BN sudah tidak diterima oleh rakyat yang sudah sedar akan keburukan parti itu.

    UMNO sebagai parti utama bermasalah kerana masih lagi ramai pemimpin yang 'rasuah' berada berkuasa dalam parti itu. UMNO tidak akan diterima rakyat selagi ianya tidak dibersihkan 100%.

    ReplyDelete
  4. walaupun keadaan umno sudah nazak,tapi masih ada lagi adun umno yg betul-betul melaksanakan tanggungjawab untuk rakyat. Perkara utamanya ialah bukan semua adun umno tidak bagus..masih ada lagi yang boleh dipercayai.

    ReplyDelete
  5. Sy sokong. En yunus mmg npak org yg benar2 boleh buat kerja,setia,rajin n yg penting selalu backing dato bila dato sibuk di luar grik. Sblum ni sy n my husben pernah ke pjbt dato utk berjumpa dato. Tp dato x de, so en yunus lah yg melayan n menerima aduan kami. Hidup Umno. Dulu kini dan selamanya... ever n forever!

    Saiyidah (bekas ajk puteri umno gerik)

    ReplyDelete